Mengenai Pusat Program Luar

Muatturun pamplet

Pusat Program Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada awalnya dikenali sebagai Program Pendidikan Jarak Jauh di bawah Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia (FPPM) sejak Mei 2010. Pada 1 April 2011, nama pusat itu secara rasmi telah ditukar kepada Pusat Program Luar. Pusat ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pelajaran mereka melalui pembelajaran dalam talian. Pada awal penubuhannya, Pusat Program Luar menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru yang dikenali sebagai Program PPG-PJJ.

Hari ini, peranan Pusat Program Luar telah berkembang. PPL menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan secara eksekutif, Program Ijazah  Sarjana secara eksekutif, Program Doktor Falsafah secara eksekutif dan program pembangunan profesional. Lokasi Pusat Pembelajaran PPL adalah:

  • Alor Setar, Kedah
  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Ipoh, Perak
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak
  • Kuala Lumpur
  • Seremban , Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor Bahru
  • Kuantan, Pahang
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kota Baharu, Kelantan
  • Kuching, Sarawak
  • Tawau, Sabah
  • Kota Kinabalu, Sabah

 

Visi Pusat Program Luar

Menjuarai program Pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat

Misi Pusat Program Luar

Menawarkan program pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat yang fleksibel, mudah akses, mampu bayar dan berkualiti melalui pembelajaran teradun

Piagam Pelanggan Pusat Program Luar

  • Memperluaskan peluang pendidikan kepada masyarakat untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
  • Menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif
  • Mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam pengurusan dan pelaksanaan program.
  • menawarkan program yang berkualiti dan memenuhi keperluan semasa.
  • Melestarikan program pembelajaran sepanjang hayat.